Sistem operasi Android Lollipop kini akhirnya menjadi versi paling banyak digunakan peranti Android dengan pegangan sebanyak 36.1%. Ia mengambil alih tempat Kit Kat yang kini di tempat kedua dengan pegangan 34.3%. Angka terbaru ini dikongsikan oleh Google hari ini dan adalah data yang dikumpul sehingga 7 Mac yang lalu.
Jelly Bean kekal di tempat ketiga dengan 23.3%. Penggunaan sistem operasi terkini Android Marshmallow pula masih lagi tahap amat rendah iaitu hanya 2.3%. Ia mempunyai pegangan yang sama dengan Ice Cream Sandwich dan di bawah Gingerbread (2.6%). Android Froyo masih enggan mengalah dan digunakan 0.1% peratus peranti Android. Apakah versi Android yang digunakan oleh anda sekarang?