Oppo R9 Dijangka Hadir Ke Malaysia Pada Bulan April 2016

Oppo R9 Dijangka Hadir Ke Malaysia Pada Bulan April 2016

Diterbitkan pada Mac 9, 2016 oleh .

Oppo telah menjadualkan pelancaran telefon pintar terkini mereka, Oppo R9 pada 17 Mac 2016 – iaitu pada minggu hadapan. Untuk pelancaran di Malaysia, pihak Oppo kini dilihat menjadualkannya dalam tempoh sebulan selepas pelancarannya, iaitu sekitar April 2016.

Oppo R9

Apa yang bakal dibawakan oleh Oppo R9 masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Daripada beberapa teaser yang pernah keluar sebelum ini, ia dilihat akan lebih memfokuskan kepada kamera.

Oppo R9

Oppo sendiri pada Mobile World Congress 2016 telah memperlihatkan sokongan penstabilan imej optikal pada bahagian sensor berbanding kebanyakkan peranti lain yang melakukannya pada lensa. Mungkinkah kita akan melihat Oppo R9 menjadi terawal menggunakannya?


TIPS & ULASAN