RocketValet – Perkhidmatan Mengambil Dan Pulang Kenderaan Untuk Diservis

RocketValet – Perkhidmatan Mengambil Dan Pulang Kenderaan Untuk Diservis

Diterbitkan pada Mac 9, 2016 oleh .

Bagi pemilik kenderaan, salah satu perkara yang mungkin kurang digemari anda adalah ketika perlu servis kenderaan dan perlu tunggu untuk beberapa jam bagi tujuan tersebut. Kini, salah satu perkhidmatan yang ingin memudahkan tugasan tersebut adalah RocketValet.

RocketValet membolehkan anda menghubungi mereka, dan RocketValet akan mengambil dan membawa kenderaan anda untuk diservis, seterusnya memulangkan kenderaan tersebut kembali kepada anda selepas ia selesai di servis.

Ia beroperasi dengan anda membuat tempahan dan memberikan maklumat seperti jenis kenderaan, jarak perjalanan dan sebagainya. Operator dari RocketValet seterusnya akan memberikan harga anggaran untuk servis kenderaan, dan sekiranya anda setujui harga tersebut, maka pemandu akan hadir untuk membawa kenderaan anda.

RocketValet

RocketValet mempunyai beberapa panel untuk membuat servis kenderaan, dan mereka mengecaj RM50 untuk setiap perjalanan. Antara rakan kerjasama RocketValet adalah termasuk Perodua DC Auto Services Ampang, G-mart Autoworld, MUZ Garage dan beberapa yang lain lagi. Untuk pembayaran, sekiranya untuk mengambil dan memulangkan kenderaan, maka anda akan dicaj sebanyak RM100 – memandangkan ia memakan dua perjalanan. Seperti biasa, bayaran untuk servis kenderaan adalah lain.

Disamping hanya servis kenderaan, pihak RocketValet juga turut menyediakan perkhidmatan seperti mencuci kenderaan, mengilap kenderaan dan sebagainya.

Menurut pihak RocketValet, untuk tujuan servis kenderaan, mereka akan membawa kenderaan ke garaj terdekat. Sementara untuk mengilap kenderaan, ia dibawa ke beberapa rakan kerjasama panel mereka.

Buat masa ini, RocketValet hanya meliputi kawasan sekitar Lembah Klang sahaja. Perkhidmatan yang telah dimulakan pada 1 Mac 2016 yang lepas ini dijangka akan diperluaskan ke Pulau Pinang dan Johor dalam tempoh sekitar 6 bulan akan datang.

Layari : RocketValet


TIPS & ULASAN