Facebook Mengambil-Alih Aplikasi MSQRD Yang Membolehkan Anda Silih Ganti Wajah Selfie

Facebook Mengambil-Alih Aplikasi MSQRD Yang Membolehkan Anda Silih Ganti Wajah Selfie

Diterbitkan pada Mac 10, 2016 oleh .

MSQRD merupakan salah satu aplikasi yang telah ditawarkan untuk iOS, dan masih dalam pembangunan bentuk beta untuk Android. Melaluinya, ia membolehkan pengguna membuat gantian wajah (swap) dengan gambar atau wajah pengguna lain, disamping menambah beberapa kesan khas pada wajah dan rakaman selfie yang dilakukan.

MSQRD

Terkini, aplikasi berkenaan telah pun diambil-alih oleh pihak Facebook, dan dikatakan teknologi disebaliknya akan digunakan dalam terus membangunkan pengalaman yang baik untuk Facebook Video.

Seperti biasa, harga pengambil-alihan untuk aplikasi MSQRD ini tidak diumumkan, dan aplikasi MSQRD ini akan kekal beroperasi secara berasingan buat masa ini.

Dengan pengambil-alihan ini, tidak mustahil untuk kita melihat beberapa fungsi daripada MSQRD ini hadir terbina pada platform Facebook tidak lama lagi.

Muat-Turun MSQRD untuk iOS

Muat-Turun MSQRD untuk Android


TIPS & ULASAN