Carian
Samsung Dan Phillips Menghentikan Pengeluaran Televisyen 3D
March 10, 2016 Effi Saharudin

Masihkah anda ingat tahun 2010? Pada tahun ini Blu-Ray filem Avatar edisi 3 Dimensi mula dijual dan menerima sambutan luar biasa. Pelbagai televisyen LED dengan kemampuan 3D juga mula membanjiri pasaran dan dikatakan bakal menggantikan TV dua dimensi yang digunakan pada waktu tersebut. Pihak Astro juga menyokong revolusi 3D dengan mula menayangkan perlawanan bola sepak versi 3D.

Menjelang 2012, hampir 50 juta televisyen 3D terjual dan masa depannya kelihatan cerah. Kita sekarang di bulan Mac 2016 dan angkat tangan berapa ramai di antara pembaca yang memiliki televisyen 3D? Berapa ramai pula yang mengenali insan yang memiliki televisyen 3D?

samsung-3dhdtvKami yakin jumlah yang mengangkat tangan adalah amat kecil. Kami sendiri tidak memiliki televisyen 3D kerana merasakan ianya hanya gimik pasaran. Samsung dan Philips baru sahaja mengumumkan mereka akan mengantukkan pengeluaran televisyen 3D tahun ini. Tiada lagi akan dihasilkan oleh mereka kerana tiadanya permintaan dari pengguna. Samsung dipetik mengatakan kandungan 3D juga semakin berkurangan dan akan menumpukan perhatian mereka kepada teknologi SUHD kerana ini adalah teknologi yang dijangka akan menjadi pilihan pengguna.

Televisyen 3D pada hemat kami hanya memeningkan pengguna. Tidak seperti menonton filem 3D di panggung IMAX. kesan 3D yang kami lihat menggunakan televisyen 3D tidak segah seperti di atas layar perak gergasi.

Komen