Google Memperkenalkan Program Android Beta – Membolehkan Android N Dimuat-Turun Melalui OTA

Google Memperkenalkan Program Android Beta – Membolehkan Android N Dimuat-Turun Melalui OTA

Diterbitkan pada Mac 10, 2016 oleh .

Android BetaGoogle telah mengumumkan Android N pada awal pagi ini, dan terkini, seperti dinantikan, mereka turut telah memperkenalkan program Android Beta. Melaluinya, pengguna peranti Nexus boleh mendaftarkan diri, dan menerima kemaskini versi pembangunan Android dalam bentuk OTA.

Perkara ini semestinya diminati ramai pembangun Android, dan pada masa yang sama pengguna tegar Android. Ini kerana sebelum ini, pengguna perlu memasang Android versi pembangunan secara manual dan mungkin menyukarkan sekiranya terdapat kemaskini baru.

Dengan adanya program Android Beta ini, pengguna hanya perlu mendaftarkan diri, dan menerima kemaskini semasa versi pembangunan Android sama seperti mereka menerima kemaskini Android biasa.

Seperti biasa, Google menekankan yang mana versi pembangunan adalah tidak stabil, dan mungkin adakalanya terdapat beberapa fungsi yang tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Layari : Android Beta


TIPS & ULASAN