Pengguna Internet Di Malaysia Kini Mencapai Lebih 20 Juta Orang

Pengguna Internet Di Malaysia Kini Mencapai Lebih 20 Juta Orang

Diterbitkan pada Mac 10, 2016 oleh .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini telah merekodkan angka pengguna internet di Malaysia yang mencapai lebih kurang 20 juta pengguna – yang mana merupakan perkembangan positif dari hari ke hari.

SKMMPerkembangan ini juga turut boleh dikatakan disebabkan oleh perkembangan arena telekomunikasi dan pakej internet yang berharga lebih rendah jikalau dibandingkan dengan setahun dua yang lepas.

Pertambahan angka pengguna internet di Malaysia juga secara tidak langsung membawa kepada aktiviti e-dagang yang lebih aktif, disamping penggunaan perkhidmatan berasaskan atas-talian untuk beberapa perkara.

Sebelum ini, Facebook telah berkongsi mengatakan mereka kini mempunyai lebih kurang 18 juta pengguna aktif setiap bulan di Malaysia.


TIPS & ULASAN