Carian
Huawei Mengesahkan Pelancaran Huawei P9 Pada 6 April
March 10, 2016 Aman

Seperti desas-desus sebelum ini, kini Huawei telah mula menghantar jemputan media untuk acara pada 6 April kelak. Tiada sebarang nama peranti yang disertakan pada jemputan, tetapi ia menyertakan dua bulatan pada bahagian atas – simbolik kepada dwi-kamera belakang pada peranti Huawei P9 yang telah tertiris sebelum ini.

Huawei P9

Mengikut apa yang telah tertiris sebelum ini, Huawei P9 dikatakan akan hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci dilengkapi dengan paparan resolusi penuh, dijana menggunakan cip Kirin 950 seumpama pada Mate 8, memori 3GB RAM, dan dwi-kamera belakang 12-megapixel. Ia dikatakan variasi spesifikasi tinggi atau “premium” turut dijangka hadir dengan Kriin 955 dan memori 4GB RAM.

Huawei P9 juga dijangka akan menjadi peranti terawal yang menggunakan teknologi pengimejan daripada Leica.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai Huawei P9 ini dalam beberapa minggu akan datang – ataupun sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Huawei P9 pada 6 April 2016 kelak.

Komen