Cari @ Amanz

Pada peranti mudah-alih, terdapat beberapa pengeluar pelayar web yang menyertakan penghalang iklan untuk membolehkan laman web dibuka dengan pantas. Kini, Opera turut sama menyertakan penghalang iklan secara terbina pada pelayar web desktop mereka untuk tujuan yang sama.

Opera mengatakan dengan adanya penghalang iklan ini, ia membuatkan laman web boleh dibuka dengan lebih pantas berbanding kebiasaan. Opera turut menekankan, memandangkan ia diintegrasikan pada pelayar web, ia beroperasi dengan lebih pantas dan baik berbanding penggunaan pemalam tambahan pada pelayar web.

Opera Adblock

Seperti biasa, pengguna masih boleh menambah senarai laman web yang tidak ingin dihalang iklannya (seperti Amanz), sekaligus menyokong penerbit berkenaan. Kebiasaannya, fungsi ini digunakan ramai ketika melayari laman-laman yang dipenuhi dengan pelbagai pop-up dan iklan yang boleh dikatakan menganggu pengalaman pelayaran web.

Buat masa ini, Opera menguji fungsi ini secara terbina pada versi pembangun mereka, dan mungkin diperkenalkan pada versi akhir dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd