HTC One A9 yang dilancarkan di Malaysia pada yang lalu ialah peranti yang menggunakan pemproses Snapdragon 617. Pemproses ini menyokong sistem pengecasan pantas terkini QuickCharge 3.0. Tetapi sekiranya anda memiliki peranti ini anda akan menyedari peranti tidak mengecas dengan pantas. Ini adalah kerana fungsi QuickCharge 3.0 hanya akan diaktifkan selepas kemas kini 1.56.401.70 sebesar 440 MB yang buat masa ini sudah diterima oleh pemilik di Eropah.
Kemas kini ini turut membawakan fungsi mengawal suhu warna skrin dan beberapa lagi penambah baikan ke atas sistem peranti. Buat masa ini kemas kini ini masih belum hadir untuk pengguna di Malaysia tetapi ia amat kami nantikan kerana ketahanan bateri A9 adalah kurang memuaskan. Dengan QuickCharge 3.0 sekurang-kurangnya kami tidak perlu menunggu lama untuk mengecasnya semula.