Facebook Lite Kini Digunakan Oleh Lebih 100 Juta Pengguna

Facebook Lite Kini Digunakan Oleh Lebih 100 Juta Pengguna

Diterbitkan pada Mac 10, 2016 oleh .

Aplikasi Facebook boleh dikatakan agak bersaiz besar, dan pada masa yang sama menggunakan tenaga dan memori yang tinggi untuk digunakan. Sebagai alternatif untuk peranti berspesifikasi rendah, pihak Facebook telah hadir dengan Facebook Lite sebelum ini.

Facebook Lite menawarkan aplikasi yang ringan dan bersaiz kecil – dan memfokuskan kepada penawaran saiz kurang daripada 1MB. Melaluinya, seperti biasa, pengguna boleh menikmati laman sosial berkenaan terus pada peranti mudah-alih.

Facebook Lite

Terkini, Facebook mengatakan aplikasi yang dibangunkan dengan fokus terhadap negara-negara membangun ini kini mempunyai lebih 100 juta pengguna seluruh dunia.

Disamping hanya menawarkan fungsi asas Facebook, kini Facebook Lite juga turut telah menyertakan sokongan video, kebolehan muat-naik lebih daripada satu gambar pada sesuatu masa, dan juga emoji.

Facebook Lite

Facebook Lite


TIPS & ULASAN