Samsung Menawarkan Gear VR Percuma Secara Terhad Kepada Pembeli Galaxy S7 Edge

Samsung Menawarkan Gear VR Percuma Secara Terhad Kepada Pembeli Galaxy S7 Edge

Diterbitkan pada Mac 10, 2016 oleh .

Samsung sebelum ini telah menawarkan beberapa promosi khusus untuk mereka yang ingin mendapatkan Galaxy S7 Edge, termasuk diskaun sehingga 20%. Kini, bagi mereka yang tidak ingin pra-tempah, dan ingin mendapatkannya ketika jerayawara Samsung di beberapa lokasi, anda berpeluang untuk mendapatkan Gear VR secara percuma.

Samsung Gear VR

Samsung mengatakan, bersempena dengan pengenalan Galaxy S7 Edge, 2000 pemilik terawal di jerayawara Samsung akan menerima Gear VR secara percuma – sekaligus membolehkan ia digunakan bersama-sama Galaxy S7 Edge untuk menikmati kandungan realiti-maya.

Samsung akan mengadakan jerayawara mereka di empat negeri seluruh Malaysia bermula 18 Mac 2016 ini, iaitu di:

  • 18 Mac – 22 Mac : Kuala Lumpur, Suria KLCC Shopping Mall
  • 18 Mac – 21 Mac : Johor, KSL City Johor Bahru
  • 18 Mac – 20 Mac : Pulau Pinang, Queensbay Mall Bayan Lepas
  • 18 Mac – 20 Mac : Sarawak, VivaCiti Megamall, Kuching

Disamping menawarkan Gear VR secara percuma, ketika di jerayawara Samsung ini juga, pengguna boleh menukar-ganti peranti mereka dan mendapatkan diskaun untuk pembelian Galaxy S7 Edge.


TIPS & ULASAN