Google sebelum ini telah memperkenalkan antaramuka baru Waze untuk iPhone, dan mengujinya untuk pengguna Android. Selepas melalui pelbagai fasa ujian, hari ini, Waze 4.0 diperkenalkan secara rasminya untuk semua pengguna Android seluruh dunia.
Waze 4.0 membawakan antaramuka dan rekabentuk yang serba baru dan berbeza dengan sebelum ini. Ia kini memudahkan lagi pengguna berkongsi masa ketibaan mereka, dan melihat data seperti kelajuan pemanduan, disamping memudahkan berkongsi perkara di atas jalan raya seperti gangguan, kesesakkan dan sebagainya.
Waze 4.0 juga dikatakan mengurangkan tenaga bateri yang digunakan, disamping menyertakan peringatan pintar untuk anda ke sesuatu lokasi berdasarkan kepada temujanji di kalendar peranti anda.
Bagi anda yang menggunakan Waze, boleh memuat-turun kemaskini baru ini hari ini dan menggunakannya dalam bernavigasi di jalan raya.
- Muat-Turun Waze untuk Android