Kini Anda Boleh Mencuba Sistem Operasi Ubuntu Pada OnePlus One

Kini Anda Boleh Mencuba Sistem Operasi Ubuntu Pada OnePlus One

Diterbitkan pada Mac 10, 2016 oleh .

OnePlus One merupakan salah satu peranti yang popular pada tahun 2014 lepas, dimana ia hadir dengan CyanogenMod, dan ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding pesaing. Ia sejak diperkenalkan telah menerima kemaskini semasa Cyanogen, disamping turut ditawarkan dengan OxygenOS daripada OnePlus sendiri.

Terkini, bagi mereka yang inginkan kelainan dan sistem operasi bukan Android, pihak OnePlus telah bekerjasama dengan Canonical untuk menawarkan Ubuntu pada telefon OnePlus One.

Ubuntu OnePlus

Ubuntu sebelum ini hadir bersama-sama peranti Meizu sahaja, dan kini dengan penawaran untuk OnePlus One, ia membolehkan lebih ramai mencubanya.

Buat masa ini, ROM Ubuntu untuk OnePlus One masih pada peringkat awal pembangunan, dan terdapat beberapa fungsi yang tidak boleh digunakan. Namun, sekiranya anda ingin mencuba, mungkin boleh menyemak forum OnePlus dan mula memasangnya pada peranti OnePlus One anda.


TIPS & ULASAN