Rasmi : Apple Menjadualkan Acara Khas Pada 21 Mac – iPhone SE, iPad Pro?

Rasmi : Apple Menjadualkan Acara Khas Pada 21 Mac – iPhone SE, iPad Pro?

Diterbitkan pada Mac 11, 2016 oleh .

Apple hari ini telah mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa bagi sebuah acara media yang dijadualkan pada 21 Mac 2016 (22 Mac waktu Malaysia) kelak. Pengumuman ini adalah selari dengan desas-desus sebelum ini, dimana Apple dijangka mengumumkan beberapa peranti ketika itu.

Apple 21 Mac

Mengikut desas-desus sebelum ini, Apple dijangka mengumumkan sebuah telefon pintar iPhone bersaiz 4-inci. Ia dijangka membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti iPhone 5, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan yang lebih baik serta sokongan untuk Apple Pay. Peranti ini dijangka akan dikenali dengan nama iPhone SE.

Disamping itu, Apple turut dijangka memperkenalkan iPad Pro bersaiz 9.7-inci – yang mana lebih bersaiz kecil berbanding iPad Pro sebelum ini. Apple turut dijangka memperkenalkan beberapa tali jam untuk Apple Watch pada acara yang sama.


TIPS & ULASAN