LINE Kini Menyokong Panggilan Suara Berkumpulan Sehingga 200 Pengguna

LINE Kini Menyokong Panggilan Suara Berkumpulan Sehingga 200 Pengguna

Diterbitkan pada Mac 11, 2016 oleh .

Dengan perkembangan dan persaingan sengit dalam arena permesejan, salah satu arena yang sedang dilihat oleh pelbagai pembangun adalah sokongan panggilan suara. Terkini, LINE dilihat telah menambah-baik sokongan panggilan suara berkumpulan – dimana mereka menyokong lebih 200 pengguna pada waktu yang sama.

LINE

Fungsi panggilan suara ini boleh diaktifkan daripada permesejan berkumpulan pada LINE, dan sebuah notifikasi akan dihantar kepada pengguna yang terpilih untuk menyertai panggilan berkenaan.

Buat masa ini, ia disokong pada versi terkini LINE untuk Android dan iPhone, dan dijangka akan diperluaskan ke platform lain dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN