Vaksin Anti Nikotin Sedang Dibangunkan Bagi Menghentikan Tabiat Merokok

Vaksin Anti Nikotin Sedang Dibangunkan Bagi Menghentikan Tabiat Merokok

Diterbitkan pada Mac 11, 2016 oleh .

Sekiranya anda mahu berhenti dari merokok terdapat beberapa produk di pasaran yang boleh membantu anda. Produk paling kerap digunakan ialah pelekat nikotin yang ditampal pada kulit. Ia mengurangkan perasaan gian untuk merokok pada penggunanya. Terdapat juga vape yang menurut perokok dapat membantu mereka mengurangkan keperluan merokok secara perlahan-lahan. Bagi mereka yang mempunyai keazaman yang tinggi, berhenti terus dari merokok ialah cara paling efektif tetapi agak menyeksakan.

Nikotion-Vaksin-1

Saintis di Scripps Research Institute Sand Diego kini sedang membangunkan vaksin anti nikotin yang diharap dapat “memulihkan” penghisap rokok. Vaksin ini menghasilkan antibodi yang menyerang nikotin di dalam tubuh. Ini sekaligus menghalangnya dari tiba ke bahagian otak dan menyebabkan ketagihan nikotin.

Buat masa ini ujian telah dilakukan ke atas tikus. Tikus yang disuntik vaksin ini menunjukkan reaksi positif dalam masa hanya 10 minit. Ujian terhadap haiwan yang berjaya tidak bermaksud ia turut akan mendatangkan reaksi yang sama ke atas manusia. Lebih banyak kajian akan dilakukan dan sekiranya berjaya tabiat merokok manusia di zaman hadapan boleh dihentikan dengan hanya mengambil suntikan.


TIPS & ULASAN