Rekaan Redmi 3S Tertiris – Pengimbas Cap Jari Pada Panel Belakang
Effi Saharudin
Xiaomi Redmi 3 dilancarkan secara rasmi Januari lalu dan ianya sebuah peranti dengan skrin 5″ 720P, pemproses Snapdragon 616, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 13 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Bateri sebesar 4100 disertakan dengan sokongan pengecasan pantas. Walaupun masih segar di pasaran, sebuah lagi model baru Redmi 3 bakal dilancarkan dengan panggilan Redmi 3S.
Rekaan Redmi 3S tertiris selepas ianya muncul pada pangkalan data TENAA di China. Ia mempunyai spesifikasi sama dengan Redmi 3 kecuali penambahan pengimbas cap jari pada panel belakang dan bateri dikurangkan kepada 3000 mAh. Xiaomi Redmi 3S dijangka akan dilancarkan April hadapan.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.
