Permainan BoBoiBoy Cinema Attack Diperkenalkan – Boleh Dimainkan Pada Pelayar Web

Permainan BoBoiBoy Cinema Attack Diperkenalkan – Boleh Dimainkan Pada Pelayar Web

Diterbitkan pada Mac 11, 2016 oleh .

Bersempena dengan pengenalan filem BoBoiBoy di pawagam, pihak Animonsta turut hadir dengan beberapa promosi untuknya, termasuk kini memperkenalkan sebuah permainan khusus di pelayar web, dinamakan sebagai CinemaAttack.

BoBoiBoy Cinema Attack

BoBoiBoy Cinema Attack

Permainan BoBoiBoy CinemaAttack ini dijana oleh Unity, dan membolehkan pengguna memainkannya pada pelbagai pelayar web moden. Permainan ini menggunakan beberapa pilihan watak BoBoiBoy yang mana setiap satu mempunyai kuasa berbeza. Pemain perlu mengawal watak BoBoiBoy daripada diserang makhluk durjana, dan pada masa yang sama membunuh makhluk berkenaan.

Beberapa tahap berbeza disediakan, dan seperti biasa kesukaran bertambah dari satu tahap ke yang lain.

Bagi anda yang meminati BoBoiBoy, mungkin boleh memainkannya, ataupun memberikan anak atau adik anda memainkan ia pada pelayar web.

Main : BoBoiBoy Cinema Attack


TIPS & ULASAN