Boeing Echo Vogayer – Dron Kapal Selam Mampu Beroperasi Berbulan Lamanya

Boeing Echo Vogayer – Dron Kapal Selam Mampu Beroperasi Berbulan Lamanya

Diterbitkan pada Mac 12, 2016 oleh .

Nama Boeing adalah lebih sinonim dengan pesawat penumpang dan menjadikan dunia terasa semakin kecil. Mungkin tidak mengetahui mereka juga terlibat dalam penghasilan senjata dan kapal sejak 1960an lagi. Mereka kini aktif dalam penghasilan dron udara dan juga terkini sebuah dron kapal selam. Boeing Echo Voyager ialah sebuah kenderaan bawah laut tanpa pemandu (UUV) sepanjang 15.5 meter. Sistem tujahan hibrid yang digunakan membolehkan ia beroperasi selama berbulan lamanya tanpa memerlukan sokongan kapal bantuan.

Boeing-Echo-Voyager-2Dron-dron laut sebelum ini hanya boleh beroperasi selama beberapa sebelum pulang ke kapal induk untuk dicas dan menjalani penyelenggaraan. Ruangan kargo Echo Voyager adalah modular bagi membolehkan sistem deria berbeza digunakan. Ia mampu melakukan imbasan permukaan laut ataupun mengesan kapal musuh di dalam kegunaan ketenteraan. Ujian penuh UUV ini akan dilakukan pada penghujung musim panas tahun ini.

UUV seperti Echo Voyager inilah yang mungkin boleh membantu proses mencari MH370 di masa hadapan. Proses imbasan permukaan lantai laut yang telah dilakukan lebih setahun menggunakan radar doppler masih belum menemui pesawat malang yang dipercayai terhempas di Lautan Hindi.


TIPS & ULASAN