Sony A6300 Dengan Kebolehan Rakaman 4K Kini Boleh Dipra-tempah – Harga Bermula RM4999

Sony A6300 Dengan Kebolehan Rakaman 4K Kini Boleh Dipra-tempah – Harga Bermula RM4999

Diterbitkan pada Mac 12, 2016 oleh .

Sony mempunyai beberapa kamera dibawah penawaran mereka, dan salah satu kamera baru yang telah dilancarkan mereka pada tahun ini adalah Sony a6300. Kini, lebih kurang sebulan selepas pelancarannya, Sony Malaysia hari ini telah mula pendaftaran minat untuk kamera berkenaan untuk pengguna tempatan.

Sony a6300 membawakan penaik-tarafan daripada siri A6000 sebelum ini, dan salah satu perkara baru yang disertakan adalah kebolehan rakaman video dalam resolusi 4K.

Sony A6300

Disamping itu, Sony turut mengatakan kamera ini kamera dengan sensor 24.2-megapixel ini membawakan kebolehan autofokus yang sangat pantas, iaitu pada kelajuan sehingga 0.05 saat dengan lebih 425 titik autofokus.

Kamera ini juga turut menawarkan integrasi sokongan WiFi, dan NFC untuk memudahkan ia diintegrasikan ke telefon pintar untuk perkongsian pantas, dan turut menawarkan kebolehan mengawal kamera daripada PC melalui kabel USB.

Sony A6300 ditawarkan pada harga bermula RM4999 untuk badan sahaja, sementara dengan KitLens E PZ 16-50mm F3.5-5.6 OSS ditawarkan pada harga RM5499. Sony Malaysia memulakan pra-tempahan sehingga 20 Mac 2016, dan penghantaran akan dimulakan pada 15 April 2016 kelak.


TIPS & ULASAN