Yahoo! Games Akan Ditamatkan Pada 13 Mei 2016

Yahoo! Games Akan Ditamatkan Pada 13 Mei 2016

Diterbitkan pada Mac 12, 2016 oleh .

Yahoo! sejak setahun dua ini dilihat mengalami masalah pada syarikat mereka, dan tidak memperlihatkan kesan yang begitu positif. Mereka telah mengambil langkah untuk mengurangkan fokus terhadap produk mereka, malah turut telah menamatkan operasi di Malaysia sebelum ini.

Terkini, bergerak ke hadapan, Yahoo! dilihat akan menamatkan beberapa produk mereka dalam beberapa bulan lagi, dan salah satunya adalah Yahoo! Games. Ia merupakan salah satu portal permainan yang popular beberapa tahun lepas, tetapi menjadi semakin kurang popular dengan peningkatan permainan pada peranti mudah-alih.

Yahoo! mengatakan mereka akan menamatkannya sepenuhnya pada 13 Mei 2016 kelak. Disamping itu, beberapa media lain milik Yahoo! yang memfokuskan kepada beberapa negara turut akan ditamatkan.

Yahoo! melalui pengumuman pada blog rasmi mereka mengatakan mereka akan lebih memfokuskan kepada produk-produk yang lain untuk masa ini, terutamanya Mail, Search, Tumblr, News, Sports, Finance dan Lifestyle. Tiada pengumuman berkaitan Flickr dan Messenger disertakan buat masa ini oleh Yahoo!.


TIPS & ULASAN