Cari @ Amanz

Emas ialah simbol kekayaan dan status seseorang individu di dalam masyarakat sejak beribu-ribu tahun. Golongan bangsawan memakai barang kemas diperbuat daripada emas untuk menunjukkan mereka berhad memerintah. Di benua Amerika Selatan pula, emas ianya penyebab mengapa tamadun Aztek lenyap dari muka bumi kerana diserang Sepanyol. Jadi jelaslah di sini emas boleh menyebabkan anda disanjung dan pada waktu yang sama boleh menyebabkan anda rebah.

Galaxy S7 Emas 1Status emas sebagai logam berharga masih lagi relevan sekarang. Perkara biasa yang dilakukan sekarang ialah menyadur emas pada peranti pintar terkini bagi menunjukkan betapa murahnya rezeki yang dikurniakan Ar Rahman kepada diri anda. Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge yang disadur emas kini boleh anda miliki. Ia dihasilkan oleh Gold Genie dan edisi terhad ini dijual pada harga bermula £2097 (RM 12083) sebuah. Selain sebuah peranti pintar bersalut emas, anda turut akan menerima kotak simpanan khas yang diperbuat daripada kayu oak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd