Cari @ Amanz

Kami mempunyai sebuah akaun Instagram peribadi yang merekodkan kehamilan isteri dan perubahan anak sejak dia dilahirkan. Akaun ini akan kami belek ketika kebosanan untuk melihat foto perut isteri membesar, video ketika anak dilahirkan dan langkah pertama yang diambil. Masalah utama apabila membelek akaun ini ialah tiada tarikh bilakah gambar dan video dimuat naik. Kami tidak ingat bilakah kesemua memori indah ini dirakam. Ianya kini hilang ditelan zaman sehinggalah semalam.

Instagram Tarikh baru 2 Instagram mula memaparkan tarikh bilakah setiap gambar dan video di muat naik sekiranya ia sudah berusia lebih seminggu. Tarikh boleh dilihat di bawah komen paling akhir gambar. Bucu kanan sebelah atas gambar yang dahulunya memaparkan tarikh, kini menjadi butang tetapan gambar. Fungsi ini diaktifkan secara senyap-senyap tanpa sebarang pengumuman dari pihak Instagram.

Sebelum ini Instagram hanya menunjukkan anggaran tarikh dalam bentuk berapa minggu gambar serta video telah di muat naik. Sebagai seorang bapa yang mahu mengingati semula bilakah tarikh anak baru mula berjalan, pengaktifan sistem tarikh yang tepat ini amat kami hargai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd