Carian
Google Menghasilkan Sistem Kawalan Suara Yang Berfungsi Tanpa Talian Internet
March 14, 2016 Effi Saharudin

Pembantu maya seperti Google Now dan Siri kedua-duanya banyak membantu kami mempercepatkan proses penggunaan peranti. Kadar tukaran wang, lokasi stesen minyak terhampir dan kawasan menarik di sesebuah gambar kesemuanya boleh diketahui dengan menggunakan pembantu maya. Kelemahan utama pembantu maya ialah ia memerlukan talian internet untuk berfungsi. Google sudah membangunkan sistem kawalan suara yang boleh berfungsi tanpa talian internet.

Google Now Ini dilakukan dengan menganalisa 3 juta arahan kawalan suara paling kerap dilakukan oleh pengguna. Frasa-frasa yang paling kerap digunakan diprogramkan ke dalam sistem pengenalan suara Google. Sistem pengenalan suara tanpa talian internet ini hanya sebesar 20.3 Megabyte dan didapati tujuh kali lebih pantas berbanding sistem yang bergantung kepada talian internet.

Ia telah diuji dengan jayanya pada sebuah Nexus 5. ini bagi memastikan ia tidak memerlukan peranti berspesifkasi tinggi untuk berfungsi dengan lancar. Buat masa ini sistem ini masih lagi di peringkat percubaan dan masih belum bersedia untuk kegunaan umum. Kami hanya berharap ia akan boleh kami gunakan dalam masa terdekat.

Komen