Portal Berita The Malaysian Insider Menghentikan Operasi Hari Ini
Artikel Berkaitan

Portal Berita The Malaysian Insider Menghentikan Operasi Hari Ini

Diterbitkan pada Mac 14, 2016 oleh .

The Malaysian InsiderPortal berita alternatif The Malaysian Insider mengumumkan penghentian operasi bermula tengah malam ini. Pengumuman dilakukan menerusi laman Facebook mereka sebentar tadi. TMI ialah antara laman di bawah The Edge Media Group dan penutupan dilakukan atas faktor komersial dan tiada kena mengena dengan sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sejak beberapa minggu yang lalu.

Laman ini sudah beroperasi sejak Februari 2008 dan pernah beberapa berhadapan dengan pihak berkuasa kerana laporan berita yang dipaparkan.

Januari lalu kami melaporkan The Edge Media Group akan menjual TMI sebagai langkah mengurangkan saiz syarikat mereka walaupun mereka baru membelinya pada tahun 2014. Dalam penyataan berasingan, pengarah The Edge Media Group (TEMG) Ho Kay Tat mengumumkan TEMG mengalami kerugian sekitar RM 10 Juta sejak 20 bulan yang lalu. Ini membuatkan operasi TMI terpaksa dihentikan. Sementara itu ketua editor TMI Jahabar Sadiq dipetik berkata beliau berharap terdapat pihak lain yang akan mengisi kekosongan melaporkan berita alternatif yang ditanggalkan oleh TMI. Dalam masa dua minggu, dua laman berita atas talian tempatan menghentikan operasi. Pada penghujung Februari yang lalu The Rakyat Post mengumumkan penutupan mereka secara mengejut.


TIPS & ULASAN