Twitter Dan Facebook Disekat Di Turkey Berikutan Serangan Bom Di Ankara

Twitter Dan Facebook Disekat Di Turkey Berikutan Serangan Bom Di Ankara

Diterbitkan pada Mac 14, 2016 oleh .

Akses kepada lama media sosial Twitter dan Facebook disekat oleh kerajaan Turki berikutan serangan bom di Ankara hari ini. Di dalam serangan yang berlaku pada jam 6.40 petang waktu tempatan, sebuah kereta dipenuhi bom meletup di Taman Guven yang terletak di daerah Kizilay. Seramai 32 orang dilaporkan maut dan 100 lagi cedera setakat ini. Perintah mahkamah diterima oleh kerajaan Turki untuk menghalang akses ke kedua-dua laman media sosial ini. Menurut laporan CCN, perintah halangan diberikan bagi mengelakkan gambar mangsa disebarkan di media sosial.

twitter_facebook

Pada waktu yang sama media arus perdana tempatan turut dihalang dari melaporkan berita serangan ini. Insiden hari ini bukanlah serangan bom pertama yang melanda Ankara tahun ini. Pada 17 Feburari yang lalu, sebuah kereta dipenuhi bom diletupkan berhampiran sebuah konvoi tentera mengakibatkan 28 kematian. Kedua-dua serangan dipercayai dilakukan oleh Parti Pekerja Kurdistan yang mahukan kemerdekaan kawasan tenggara Turki yang bermajoriti penduduk etnik Kurd.


TIPS & ULASAN