Cari @ Amanz

Telekom Malaysia hari ini dilihat telah menandatangani perjanjian perayauan WiFi bersama British Telecomunications di United Kingdom. Melalui perjanjian ini, ia membolehkan kedua-dua pihak mengambil kelebihan liputan WiFi dinegara masing-masing untuk dikongsi dan digunakan pengguna mereka.

Dengan kerjasama ini, ia membolehkan pengguna WiFi Telekom Malaysia yang ke negara UK untuk terus kekal berhubung dan menggunakan WiFi disana yang ditawarka oleh British Telecommunications (BT) dengan mudah – dan begitu juga sebaliknya.

Ini sekaligus akan memudahkan lagi operasi untuk pengguna Telekom Malaysia untuk berhubung ke internet, dan tidak perlu risau untuk mengakses internet di sana.

Dengan pengumuman kerjasama ini, mungkin kita akan dapat melihat Telekom Malaysia mengumumkan kerjasama dengan penyedia lain di negara-negara lain dalam menawarkan kemudahan perayauan WiFi untuk pengguna mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd