Sony Memperlihatkan Fon Kepala Pintar Yang Dipakai Pada Leher

Sony Memperlihatkan Fon Kepala Pintar Yang Dipakai Pada Leher

Diterbitkan pada Mac 14, 2016 oleh .

Sony sebelum ini telah mengatakan mereka akan hadir dengan beberapa projek berbentuk futuristik, dan terkini, pada acara SXSW, mereka telah memperlihatkan fon kepala mereka tersendiri yang dipanggil sebagai “Concept N”.

Menariknya mengenai fon kepala ini adalah kaedah ia digunakan. Concept N bukanlah dipakai pada telinga seperti kebanyakkan fon kepala lain di pasaran, sebaliknya ia dipakai pada leher.

Sony Concept N

Ia dihubungkan menggunakan sokongan Bluetooth, dan Concept N ini hadir terbina dengan empat mikrofon terbina dengan sokongan noise-cancelling. Menariknya, ia turut hadir dengan sokongan pembantu pintar yang membolehkan anda menyebut beberapa arahan suara, dan ia akan memberikan maklumbalas untuk arahan atau pertanyaan anda.

Buat masa ini, Concept N menawarkan sokongan memberitahu berkaitan dengan cuaca, membacakan berita semasa, memberikan informasi restoran, dan turut memudahkan anda merakamkan gambar. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan sebuah kamera kecil yang terbina pada Concept N, dan ia tersembunyi – hanya diaktifkan apabila anda memberikan arahan untuk merakamkan gambar.

Sony Concept N

Bercakap mengenai audio, pengguna turut boleh mendengar melaluinya, dan pada masa yang sama turut mendengar bunyi persekitaran anda – yang mana mungkin lebih sesuai dan diperlukan untuk beberapa jenis tugasan.

Buat masa ini, Concept N masih dikategorikan sebagai peranti konsep atau prototaip dan tidak dikongsikan lagi berkenaan bagaimanakah perancangan mereka untuk memasarkannya.


TIPS & ULASAN