Cari @ Amanz

Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy S7 Edge dilancarkan di Malaysia. Untuk pelancarannya kelak di Malaysia, Samsung akan membawa Lee Kwang Soo, duta Galaxy S7 Korea Selatan ke Kuala Lumpur. Pelakon dan pengacara rancangan popular Running Man ini. Kepada yang berminat menemui beliau, majlis pelancaran Samsung Galaxy S7 Edge akan berlaku di ruang legar Suria KLCC Khamis ini. Ia akan dijual secara rasmi pada 18 haribulan ini dan Samsung turut akan memberikan Gear VR percuma kepada 2000 pelanggan terawal di jerayawara yang dilangsungkan di empat lokasi di seluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd