Pelan Pascabayar RM70 U Mobile Kini Menawarkan Data Sehingga 15GB Untuk Tempoh Terhad

Pelan Pascabayar RM70 U Mobile Kini Menawarkan Data Sehingga 15GB Untuk Tempoh Terhad

Diterbitkan pada Mac 14, 2016 oleh .

Sejak permulaan tahun 2016 ini, kita telah melihat persaingan sihat dalam arena telekomunikasi, dan pelbagai penawaran menarik hadir dalam usaha untuk menarik pengguna ke talian telekomunikasi masing-masing.

UMobile Hero P70 15GB

Terkini, U Mobile dilihat akan menawarkan data tambahan sebanyak 8GB selama 3 bulan untuk pengguna pelan U Mobile P70. Untuk makluman, sebelum ini pelan ini telah menarik minat ramai pengguna memandangkan menawarkan panggilan tanpa had dan 7GB data setiap bulan pada harga langganan RM70 – yang boleh dikatakan agak murah di pasaran.

Kini, untuk tempoh terhad sehingga 30 Jun 2016 sahaja, dan selepas itu, tiada lagi data tambahan yang diberikan oleh U Mobile – dan akan kembali kepada pelan biasa seperti asal.

Penawaran ini boleh dikatakan agak menarik daripada U Mobile, dan semestinya mungkin akan lebih menarik perhatian pengguna tempatan – disamping memberikan tekanan kepada syarikat telekomunikasi lain untuk hadir dengan pelan yang lebih baik.

Pihak U Mobile masih belum mengemaskini halaman web rasmi mereka buat masa ini untuk memperlihatkan pelan ini.


TIPS & ULASAN