Cari @ Amanz

Sony pada SXSW mencuri perhatian ramai dengan pengumuman beberapa projek daripada Future Lab. Salah satunya adalah fon kepala yang dipakaikan pada leher, dan satu lagi projek mereka yang menarik adalah sebuah projektor interaktif.

Projektor yang hadir dalam rekaan empat-segi ini boleh mengubah sebarang permukaan kepada sebuah bentuk paparan yang boleh disentuh dan dikawal – menjadikan ia boleh digunakan untuk beberapa tujuan, terutamanya untuk pendidikan.

Sony Interactive Tabletop

Daripada demo yang diperlihatkan, sebuah buku diletakkan dibawah projektor berkenaan, dan beberapa perkara diubah untuk dikawal dan menjadikan pembacaan lebih interaktif dan menarik. Kandungan juga boleh digerakkan dan dikawal oleh pengguna.

Seperti Concept N, pihak Sony turut menekankan yang mana segala projek yang diperlihatkan adalah dalam bentuk prototaip sahaja dan tiada perancangan lagi untuk pelancaran untuk pengguna umum buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd