Arena robotik merupakan salah satu arena yang sedang berkembang pesat akhir-akhir ini, dan terkini, kerajaan Dubai mengumumkan perancangan untuk World Future Sports Games yang bakal diadakan pada Disember 2017 kelak.
Melaluinya, acara sukan berkenaan akan memfokuskan kepada penggunaan teknologi moden dan kepintaran buatan. Antara perkara yang dirancang adalah termasuk perlumbaan kereta tanpa pemandu, bola sepak robotik, perlumbaan robot, perlumbaan dron, berenang robotik, pertandingan chybathlon, gusti robotik, ping pong robotik dan beberapa yang lain.
Acara sukan robotik ini dijangka akan diadakan setiap dua tahun, dan akan mengambil masa selama tiga hari untuk semua acara berkenaan.
Pada masa yang sama, mereka turut mengumumkan pertubuhan baru, World Federation of Future Sports yang akan memfokuskan kepada bangunkan inovasi dalam arena ini.