Carian
Meizu Pro 6 Dikatakan Bakal Hadir Dengan Memori 6GB RAM
March 14, 2016 Aman

Terdapat beberapa pengeluar yang memfokuskan kepada penawaran peranti berasaskan kepada spesifikasi – terutamanya peranti flagship mereka. Beberapa minggu lepas, kita telah melihat Vivo hadir dengan telefon pintar menggunakan memori 6GB RAM, dan terkini Meizu dikatakan akan hadir dengan penawaran lebih kurang serupa.

Meizu Pro 6 dijangka bakal diperkenalkan pada tahun ini, dan dikatakan akan menggunakan memori 6GB RAM pada versi Premium-nya. Sementara versi biasa Meizu Pro 6 dijangka hadir dengan 4GB RAM.

Disamping itu, Meizu Pro 6 turut dijangka akan menggunakan sokongan skrin Force Touch, dilengkapi kebolehan pengecasan pantas, dan beberapa fungsi menarik lain.

Meizu Pro 6 dijangka hanya akan diperkenalkan sekitar suku ketiga atau ke-empat tahun ini sahaja, dan sebelumnya, Meizu MX6 dijangka diperkenalkan.

Komen