Western Digital merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam penawaran cakera storan untuk pengguna mahupun perusahaan. Terkini, hari ini mereka telah memperkenalkan sebuah cakera khusus untuk Raspberry Pi yang dinamakan sebagai WD PiDrive bersaiz 314GB.
Seperti ramai sedia maklum, Raspberry Pi merupakan salah satu komputer bersaiz mini yang semakin popular dari hari ke hari. Pengguna menggunakannya untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk mengubahnya menjadi komputer mini, penstrim media pada televisyen, mahupun untuk tujuan robotik.
WD PiDrive ini dikatakan dibangunkan khusus untuk Raspberry Pi, membolehkan ia beroperasi pada tenaga rendah tetapi mengekalkan prestasi yang baik menggunakannya.
Disamping itu, WD PiDrive juga hadir dengan BerryBoot – salah satu perisian khusus untuk Raspberry Pi, membolehkan anda memilih sistem operasi yang ingin dimuatkan ketika memulakannya.
WD PiDrive ini ditawarkan oleh Western Digital pada harga $45.81 (~RM188.84). Ia tidak diketahui lagi bilakah Western Digital akan membawa masuknya ke pasaran tempatan.