AMD Pro Duo Dilancarkan – Cip R9 Fury X Berkembar Untuk Pembangunan Realiti Maya

AMD Pro Duo Dilancarkan – Cip R9 Fury X Berkembar Untuk Pembangunan Realiti Maya

Diterbitkan pada Mac 15, 2016 oleh .

AMD melancarkan kad grafik terbaru mereka AMD Pro Duo, yang dikatakan paling berkuasa di pasaran sekarang. Kad grafik ini mempunyai dua cip Fiji yang sebelum ini digunakan pada kad grafik R9 Fury X. Kuasa memproses pula ialah 16 Teraflops. Spesifikasi penuh kad yang berkuasa ini masih belum diumumkan tetapi dipercayai mempunyai VRAM sebesar 8 Gigabyte dengan kelajuan sekitar 1 GBps HBM.

AMD-Pro-Duo-1

AMD Pro Duo dihasilkan khas untuk pembangun dan pemain permainan realiti maya yang memerlukan kuasa memproses yang amat tinggi. Ia akan mula dijual pada suku kedua 2016 pada harga $1500 (~RM 6174) sebuah. Untuk menggunakan kad grafik ini akan turut memerlukan sumber kuasa berkemampuan tinggi. Dari gambar yang diperlihatkan oleh AMD, Pro Duo menggunakan 3 sumber kuasa 8 pin untuk berfungsi. Jadi buat masa ini pasukan Merah memintas pasukan Hijau sebagai pengeluar kad grafik paling berkuasa pernah dihasilkan.


TIPS & ULASAN