#OpTrump – Anonymous Mengisytiharkan Perang Ke Atas Donald Trump

#OpTrump – Anonymous Mengisytiharkan Perang Ke Atas Donald Trump

Diterbitkan pada Mac 15, 2016 oleh .

“Kami tidak akan memaafkan dan kami tidak akan lupa”, ini ialah moto kumpulan penggodam dan askar siber Anonymous. Sejak muncul secara tiba-tiba 2004 mereka terlibat di dalam beberapa insiden menggodam secara besar-besaran bagi menentang kumpulan serta individu yang mereka anggap sebagai musuh. Antara yang telah menjadi mangsa ialah gereja Scientology, Klu Klax Klan, ISIS, kerajaan Saudi dan juga kumpulan anti Islam di Australia. Mereka kini mengacungkan papan kekunci dan tetikus mereka ke arah Donald Trump.

Anonymous akan melancarkan serangan DDOS ke atas laman yang berkaitan dengan kempen menjadi calon parti Republican milik Donald Trump. Selain serangan atas talian, maklumat peribadi Trump dan pekerja kempen beliau telah dikongsi bagi memudahkan serangan ke atas kesemua yang bersekongkol dengan Trump. Trump menjadi sasaran kerana menggunakan taktik perkauman bagi mendapatkan sokongan dari rakyat Amerika Syarikat.

Adakah mereka akan berjaya? Awal tahun ni mereka menggodam beberapa laman milik Trump tetapi ia tidak langsung mengganggu kempen beliau. Sebaliknya Trump kini ialah calon dengan peratusan penyokong tertinggi di kalangan ahli parti Republican. Sekiranya Trump berjaya menjadi Presiden, besar kemungkinan Anonymous akan menjadi kumpulan terawal yang akan diperangi.


TIPS & ULASAN