Adobe Memperkenalkan Adobe XD Untuk Memudahkan Pembangunan Antaramuka Dan Prototaip

Adobe Memperkenalkan Adobe XD Untuk Memudahkan Pembangunan Antaramuka Dan Prototaip

Diterbitkan pada Mac 15, 2016 oleh .

Adobe merupakan salah satu jenama terkemuka dikalangan mereka yang terlibat dalam arena kreatif dan multimedia. Terkini, Adobe telah memperkenalkan aplikasi terbaru dibawah koleksi Creative Cloud, iaitu Adobe Experience Design atau Adobe XD.

Untuk makluman, aplikasi ini telah dibangunkan dibawah nama Project Comet sebelum ini, dan ia memfokuskan kepada pembangunan antaramuka dan rekabentuk – serta pada masa yang sama hadir dengan prototaip yang boleh dikongsikan sebelum pembangunan menyeluruh untuknya dilakukan.

Adobe XD

Menggunakan Adobe XD, ia memudahkan para perekabentuk untuk membangunkan antaramuka dengan mudah, dan pada masa yang sama menguji penggunaannya. Adobe XD memudahkan proses ini berbanding sebelumnya yang memerlukan beberapa aplikasi dan perisian untuk melakukan perkara sama.

Seperti biasa, Adobe menawarkan beberapa saiz pembangunan sedia ada, dan kit khusus untuk memudahkan dan menyertakan elemen iOS dan Android dalam pembangunan antaramuka mereka.

Adobe XD kini ditawarkan untuk pengguna Mac terlebih dahulu – memandangkan ramai yang terlibat dalam bidang kreatif menggunakannya. Adobe turut mengatakan mereka akan memperkenalkan ia untuk pengguna Windows pada masa akan datang.

Layari : Adobe XD


TIPS & ULASAN