Gambar Kamera Berkembar Yang Dikatakan Untuk iPhone 7 Plus Tertiris
Artikel Berkaitan

Gambar Kamera Berkembar Yang Dikatakan Untuk iPhone 7 Plus Tertiris

Diterbitkan pada Mac 15, 2016 oleh .

Acara khas pelancaran iPhone SE akan berlangsung 21 Mac ini dan pandangan dunia tertumpu kepada peranti yang dikatakan mempunyai saiz skrin sebesar 4 inci. Ia dihasilkan kerana masih ramai peminat Apple yang mahukan peranti yang bersaiz kecil kerana lebih mudah digunakan menggunakan sebelah tangan. Sungguhpun pelancaran SE semakin hampir, ura-ura tentang iPhone 7 tidak kami dilupakan. Hari ini gambar kamera berkembar yang dikatakan untuk iPhone 7 Plus tertiris.

Kamera-Berkembar-Iphone-7Dua kamera berkembar ini tidak mempunyai saiz yang sama. Ini adalah kerana ia menggunakan sistem yang sama seperti yang dilihat pada LG G5. Satu sensor kamera untuk melakukan zoom manakala sebuah lagi kamera untuk mengambil gambar pada jarak dekat dan dilengkapi lensa sudut lebar. Apakah pendapat peminat peranti Apple di kalangan pembaca Amanz mengenai sistem kamera berkembar ini?


TIPS & ULASAN