Samsung Memperlihatkan Hum On! – Mengubah Bunyi Nyanyian Melodi Anda Kepada Muzik

Samsung Memperlihatkan Hum On! – Mengubah Bunyi Nyanyian Melodi Anda Kepada Muzik

Diterbitkan pada Mac 15, 2016 oleh .

Samsung mempunyai bahagian pembangunan projek inovasi mereka tersendiri yang dinamakan sebagai C-Lab. Kini, bersempena dengan SXSW yang berlangsung minggu ini, Samsung tampil memperlihatkan beberapa projek mereka, dan salah satunya adalah Hum On!.

Hum On! merupakan salah satu aplikasi muzik yang boleh terjemah nyanyian melodi oleh anda kepada simfoni muzik – yang mana boleh dikawal nota muziknya dan dimainkan mengikut rentak yang dikehendaki pengguna.

Samsung Hum On

Samsung mengatakan aplikasi ini menggunakan analisa pada tahap perisian untuk mengkaji skala nada yang dinyanyikan oleh pengguna, dan pada masa yang sama menganalisa ia menggunakan pembelajaran mesin untuk hadir dengan melodi dan kord yang sesuai.

Samsung masih lagi dalam pembangunan aplikasi ini, dan mengatakan mereka sedang berkira untuk bekerjasama dengan beberapa artis dalam menambah-baik kejituaan aplikasi berkenaan.

Ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi ini akan dilancarkan. Jika ia dilancarkan, ia semestinya akan memberikan lebih peluang kepada pengguna seluruh dunia untuk hadir dengan skor muzik mereka tersendiri dengan hanya perlu berdengung menyanyi lagu yang mereka inginkan.


TIPS & ULASAN