Ubisoft Akan Menawarkan Pengalaman Assassin’s Creed Dalam Bentuk Realiti-Maya

Ubisoft Akan Menawarkan Pengalaman Assassin’s Creed Dalam Bentuk Realiti-Maya

Diterbitkan pada Mac 15, 2016 oleh .

Ubisoft pada tahun ini tidak akan mengeluarkan sebarang permainan baru dibawah siri Assassin’s Creed, tetapi sebaliknya lebih memfokuskan kepada filem pertama dibawah siri berkenaan yang bakal ditayangkan pada penghujung Disember 2016 kelak.

Assassin's Creed VR

Bersempena dengan filem berkenaan juga, pihak Ubisoft bakal menawarkan pengalaman Assassin’s Creed dalam bentuk realiti-maya untuk peminat siri berkenaan.

Pihak Ubisoft masih tidak berkongsi berkaitan apakah yang bakal mereka tawarkan melalui pengalaman realiti-maya mereka, tetapi kita boleh nantikan sesuatu yang melibatkan latar masa dan tempat dalam permainan berkenaan. Ubisoft mengatakan pengalaman ini akan dibangunkan hasil kerjasama pihak FOX dan juga Practical Magic.


TIPS & ULASAN