Cari @ Amanz

Galaxy S6 Edge Plus MarshmallowSekiranya anda menggunakan Galaxy S6 Edge+ di Malaysia, mungkin anda boleh menyemak peranti anda hari ini. Pihak Samsung nampaknya telah mula memperkenalkan kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk pengguna tempatan, yang mana turut menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Antara perkara baru yang diperkenalkan, adalah termasuk kepada kemaskini antaramuka TouchWiz, kemaskini baru untuk sokongan pengimbas cap jari, dan kebolehan untuk berhubung dengan peranti berasaskan Bluetooth dengan lebih pantas.

Samsung turut menekankan yang mana sekiranya pengguna telah menyulitkan (encrypt) peranti sebelum penaik-tarafan, ia tidak boleh dinyah lakukan selepasnya.

Bagi anda yang menggunakan Galaxy S6 Edge+, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini, dan memuat-turun fail bersaiz sekitar 1.3GB ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd