Cari @ Amanz

Celcom dan iFlix hari ini mengumumkan kerjasama, dimana melaluinya, mereka menawarkan akses kepada perkhidmatan iFlix secara percuma selama dua bulan yang mana bernilai RM20.

Celcom mengatakan perkhidmatan ini boleh dinikmati oleh semua 12 juta pelanggan mereka, membolehkan pelanggan Celcom untuk menonton ribuan siri-TV, dan filem daripada pelbagai genre dan bahasa.

Celcom iFlix

Celcom mengatakan pengguna boleh menikmati terus perkhidmatan iFlix tanpa perlu log masuk – dan ia akan mengesan pengguna berdasarkan kepada rangkaian yang digunakan, lebih kurang seperti apa yang diimplementasikan oleh Telekom Malaysia dan Digi sebelum ini. Hendaklah diambil perhatian yang mana caj penggunaan data akan dikenakan seperti biasa – dan pengguna dinasihatkan berhubung menggunakan rangkaian WiFi selepas mengaktifkan akaun mereka di iFlix.

Selepas tempoh 2 bulan, Celcom menawarkan iFlix pada harga RM9 sebulan yang boleh dibayar terus melalui pakej pascabayar atau prabayar dengan sokongan pembaharuan automatik setiap bulan.

Untuk makluman, kini iFlix telah bekerjasama dengan Digi dan Telekom Malaysia dalam menawarkan pelanggan dengan pakej langganan terpilih akses percuma selama setahun, dan selama 2 bulan untuk semua pelanggan Celcom. Sebagai alternatif, pengguna masih boleh melanggan iFlix melalui laman rasmi mereka pada harga langganan RM96 setahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd