Fon Telinga Samsung Entrim 4D – Memberikan Ilusi Pergerakan Kepada Pengguna Peranti Realiti Maya

Fon Telinga Samsung Entrim 4D – Memberikan Ilusi Pergerakan Kepada Pengguna Peranti Realiti Maya

Diterbitkan pada Mac 15, 2016 oleh .

Peranti realiti maya menipu deria penglihatan pemakai untuk memberikan sensasi benar-benar berada di dalam dunia realiti maya. Tetapi dari pengalaman peribadi tidak semua deria tertipu dengan apa yang dilihat. Telinga manusia mengesan tekanan dan apabila pemakai peranti realiti maya tidak bergerak, otak akan mengetahui apa yang dipandang hanyalah ilusi. Samsung Entrim 4D ialah fon kepala yang direka khas untuk peranti realiti maya yang akan memudahkan pengguna menyelami dunia realiti maya dengan lebih mendalam.

Dengan menggunakan sistem Galvanic Vestibular Stimulation (GVS), yang merangsang saraf di telinga bari memberikan ilusi mereka sedang bergerak. Sistem ini berfungsi secara selari dengan apa yang dipaparkan pada skrin peranti realiti maya yang dipakai. Dengan kata lain apabila video memaparkan pergerakan membelok dengan pantas, saraf telinga akan “ditipu” untuk merasakan pergerakan.

Sebelum ini ilusi pergerakan hanya dapat dihasilkan dengan menggunakan kerusi yang bergerak. Teknologi ini masih di dalam tempoh percubaan. Di masa terdekat mungkin sukar bagi manusia untuk membezakan dunia realiti dengan apa yang dirasai di dalam dunia realiti maya.


TIPS & ULASAN