Cari @ Amanz

Terdapat beberapa pengurus muat-turun pada Android yang memudahkan anda menguruskan fail-fail yang ingin dimuat-turun. Walaubagaimanapun, mungkin ramai yang tidak meminatinya, dan lebih selesa menggunakan fungsi muat-turun terbina pada Chrome.

Berbeza dengan pengurus muat-turun Android, pengurus di Chrome diaktifkan apabila pengguna memilih untuk Save Link atau yang seangkatan dengannya.

Chrome Android

Sebelum ini, Chrome sekadar membenarkan pengguna untuk membatalkan muat-turun sahaja, dan melalui Chrome 50, kini Google membawakan sedikit pembaharuan pada pengurus muat-turun dalam Chrome.

Kini, pengguna boleh menghentikan sementara sesuatu muat-turun, terutamanya sekiranya ingin mengubah rangkaian dan sebagainya. Fungsi ini juga mungkin diminati bagi ramai pengguna yang sering menyimpan audio atau video daripada web – sekaligus menguruskan kadar penggunaan data dengan lebih baik.

Fungsi ini hanya hadir pada versi pembangunan Chrome sahaja buat masa ini, dan dijangka diperkenalkan secara rasmi pada versi stabil dalam beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd