HTC Desire Eye, One E8 Dan One M8 Eye Mula Menerima Kemas Kini Marshmallow (Dikemas Kini)
HTC

HTC Desire Eye, One E8 Dan One M8 Eye Mula Menerima Kemas Kini Marshmallow (Dikemas Kini)

Diterbitkan pada Mac 15, 2016 oleh .

Penggunaan Android Marshmallow pada peranti Android baru sahaja mencecah 2.3% sehingga awal bulan ini. Peratusan ini akan semakin meningkat dengan penjualan peranti baru dan juga kemas kini pada peranti lama. Kini tiba giliran tiga lagi peranti HTC menerima Marhsmallow iaitu HTC Desire Eye, One E8 dan One M8 Eye . Kemas kini secara OTA ia sudah mula diterima pengguna di Eropah, UAE dan China.

HTC One M8 EYEKami mempunyai sebuah One M8 Eye dan kemas kini sudah boleh dimuat. Proses kemas kini memerlukan anda memuat turun dua fail secara berturut-turut. Saiz muat turun keseuluruhan ialah 1.62 Gigabyte. Pastikan peranti anda mempunyai ruang yang sepenuhnya sementara menanti kehadiran kemas kini sistem operasi yang amat dinantikan ini.


TIPS & ULASAN