Cari @ Amanz

LG hari ini telah menambah dua lagi telefon pintar baru dibawah siri K, iaitu LG K8 dan juga LG K5. LG sebelum ini telah memperkenalkan siri telefon pintar baru ini pada CES 2016 yang lepas.

LG K8 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD, dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.3Ghz, memori 1.5GB RAM, dan dilengkapi dengan kamera belakang 8-megapixel serta kamera hadapan 5-megapixel.

LG K8 K5

LG K5 pula merupakan telefon pintar dengan spesifikasi lebih rendah, iaitu menggunakan skrin 5-inci dengan paparan hanya FWVGA, cip empat-teras 1.3Ghz, memori 1GB RAM, kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel.

LG K8 menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow, sementara LG K5 hanya dilengkapi versi Lollipop sahaja.

LG turut menekankan ia menawarkan rekaan yang sangat menarik, disamping dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri gesture untuk rakaman gambar.

Ia tidak diketahui lagi sama ada LG K8 dan LG K5 ini akan menghadiri pasaran tempatan ataupun sebaliknya. Pihak LG agak kurang aktif di pasaran Malaysia dan mungkin kita tidak akan dapat melihat pengenalan peranti ini secara rasmi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd