Cari @ Amanz

HERE Maps merupakan salah satu aplikasi pemetaan dan navigasi yang popular, dan telah terlebih dahulu lebih popular dikalangan pengguna Windows Phone sebelum Android mahupun iOS.

Kini, bergerak kehadapan, pihak pembangun HERE Maps mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk Windows Phone dan Windows 10.

Pihak HERE Maps mengatakan mereka menawarkan sokongan untuk aplikasi Windows 10 yang mungkin tidak lagi akan efektif sleepas tarikh 30 Jun 2016 kelak – menjadikan aplikasi berkenaan tidak lagi berfungsi selepas tarikh tersebut. Untuk persediaan untuknya, HERE Maps akan mengeluarkan aplikasi Windows 10 mereka daripada kedai aplikasi pada 29 Mac.

Disamping itu, pihak HERE Maps turut mengatakan mereka tidak lagi akan membangunkan aplikasi Windows Phone 8 dan hanya memfokuskan kepada pepijat kritikal sahaja sekiranya ada.

HERE Maps mengatakan penawaran perkhidmatan mereka masih boleh digunakan melalui aplikasi peta pada Windows 10 memandangkan ia menggunakan teknologi yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd