Cari @ Amanz

Siri permainan Grand Theft Auto kerap kali mencari ilham dari filem dan kejadian dunia sebenar sebagai asas kepada misi di dalam permainan mereka. Di dalam Vice City banyak meminjam elemen filem Scarface dan misi merompak GTA V pula meminjam dari filem Heat. Salah satu misi di dalam GTA V menimbulkan kemarahan pelakon Lindsay Lohan selepas permainan ini mula dijual. Lindsay mendakwa watak Lacey Jonas, seorang pelakon dengan masalah dadah dan kerap dikejar paparazzi mempunyai banyak persamaan dengan beliau.

Lindsay-Lohan-Saman-GTARockStar, pengeluar permainan ini tidak pernah mendapat kebenaran daripada beliau untuk menggunakan watak yang menyerupai beliau ini. Kes saman ini difailkan pada tahun 2014 dan kini akan dibicarakan di mahkamah. Kepada yang pernah memainkan misi Lacey Jonas, adakah anda merasakan watak ini mempunyai persamaan dengan Lindsay Lohan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd