UMi Touch Dilancarkan – Peranti Windows 10 Diperkasakan Pemproses MediaTek
Artikel Berkaitan
UMi

UMi Touch Dilancarkan – Peranti Windows 10 Diperkasakan Pemproses MediaTek

Diterbitkan pada Mac 16, 2016 oleh .

Peranti Windows 10 yang terjual di pasaran sekarang rata-ratanya jatuh ke dalam kategori harga kurang mampu milik. Micorsoft Lumia 950 dijual pada harga RM 2699 manakala Lumia 950 XL pula pada harga RM 2999. Lumia 650 yang baru dilancarkan pula mempunyai spesifikasi rendah (Snapdragon 212) tetapi harga jualan melebihi RM 800. Pada harga yang sama pengguna boleh memiliki peranti Android yang berspesifikasi lebih tinggi. UMi Touch bakal menyelesaikan masalah ini kerana mempunyai mempunyai spesifikasi yang baik tetapi dijual pada harga mampu milik.

Umi-Touch-1Peranti ini mempunyai skrin 5.5 inci LTPS 1080P, pemproses 1.5 GHz lapan teras MediaTek MTK6753, RAM sebesar 3GB RAM  dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 13 Megapixel Sony IMX328  dan kamera hadapan 5 Megapixel. Bateri yang disertakan pula ialah sebesar 4000 mAh. Sebuah pengimbas cap jari disertakan pada butang home di bahagian dagu peranti. UMi Touch ini dijual pada harga $149.99 (~RM 621).

Menariknya tentang UMi Touch ialah ia turut menyokong penggunaan sistem operasi Android. ROM Android pengeluar lain seperti Vibe UI dan FlyMe juga boleh dimuat turun. Terdapat laporan pemproses MediaTek Helio X10, X20 dan P10 juga kini menyokong Windows 10. Jadi di masa hadapan lebih banyak peranti Windows 10 yang menggunakan pemproses mampu milik ini mungkin akan dihasilkan.

Umi-Touch-3


TIPS & ULASAN